Trump tandatangan perintah eksekutif pinda tarif menjelang tarikh akhir

Trump tandatangan perintah eksekutif pinda tarif menjelang tarikh akhir

Kadar baharu itu akan berkuat kuasa dikuat 7 Ogos ini, memberi ruang masa kepada perunding untuk memuktamadkan perjanjian.

Donald Trump
Donald Trump menandatangani perintah eksekutif meminda kadar tarif timbal balik bagi puluhan negara di Rumah Putih pada Khamis. (Gambar AFP)
WASHINGTON:
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Khamis menandatangani perintah eksekutif meminda kadar tarif timbal balik bagi puluhan negara menjelang tarikh akhir perjanjian perdagangan pada 1 Ogos, lapor Anadolu Ajansi.

Menurut kenyataan Rumah Putih, perintah itu mengubah “kadar tarif timbal balik bagi beberapa negara tertentu demi menangani defisit perdagangan barangan tahunan AS semakin meningkat”.

“Tindakan tegas ini mencerminkan usaha berterusan presiden untuk melindungi AS daripada ancaman asing terhadap keselamatan negara dan ekonomi dengan memastikan hubungan perdagangan adil, seimbang dan timbal balik demi manfaat pekerja, petani dan pengeluar Amerika serta memperkukuh asas industri pertahanan negara.”

Kadar baharu itu akan berkuat kuasa dikuat 7 Ogos ini, memberi ruang masa kepada perunding untuk memuktamadkan perjanjian.

Perintah itu menyebut beberapa negara terlibat “bersetuju atau hampir memuktamadkan perjanjian perdagangan serta keselamatan yang bermakna dengan AS” dan akan tertakluk kepada tarif lebih tinggi sehingga perjanjian dimeterai.

Sebelum ini, Trump berkata, pentadbirannya mencapai “beberapa” perjanjian, namun tidak memberikan butiran lanjut.

Tidak jelas negara mana yang dimaksudkan Trump ketika beliau bercakap kepada wartawan di Rumah Putih.

Satu perintah berasingan yang ditandatangani Trump akan menaikkan kadar tarif ke atas Kanada daripada 25% kepada 35% mulai 1 Ogos.

Kebanyakan negara dikenakan kadar tarif antara 15% hingga 30%, namun ada beberapa negara dikenakan kadar lebih tinggi, iaitu Iraq (35%), Laos (40%), Myanmar (40%), Switzerland (39%) dan Syria (41%) .

Salinan perintah yang disediakan Rumah Putih menyenaraikan kadar tarif diselaraskan seperti berikut:

Afghanistan – 15%
Afrika Selatan – 30%
Algeria – 30%
Angola – 15%
Bangladesh – 20%
Bolivia – 15%
Bosnia dan Herzegovina – 30%
Botswana – 15%
Brazil – 10%
Brunei – 25%
Cameroon – 15%
Chad – 15%
Costa Rica – 15%
Cote d’Ivoire – 15%
Ecuador – 15%
Equatorial Guinea – 15%
Falkland Islands – 10%
Fiji – 15%
Filipina – 19%
Ghana – 15%
Guyana – 15%
Iceland – 15%
India – 25%
Indonesia – 19%
Iraq – 35%
Israel – 15%
Jepun – 15%
Jordan – 15%
Kazakhstan – 25%
Kemboja – 19%
Korea Selatan – 15%
Laos – 40%
Lesotho – 15%
Libya – 30%
Liechtenstein – 15%
Macedonia Utara – 15%
Madagascar – 15%
Malawi – 15%
Malaysia – 19%
Mauritius – 15%
Moldova – 25%
Mozambique – 15%
Myanmar – 40%
Namibia – 15%
Nauru – 15%
New Zealand – 15%
Nicaragua – 18%
Nigeria – 15%
Norway – 15%
Pakistan – 19%
Papua New Guinea – 15%
Republik Demokratik Congo – 15%
Serbia – 35%
Sri Lanka – 20%
Switzerland – 39%
Syria – 41%
Taiwan – 20%
Thailand – 19%
Trinidad dan Tobago – 15%
Tunisia – 25%
Turki – 15%
Uganda – 15%
United Kingdom – 10%
Vanuatu – 15%
Venezuela – 15%
Vietnam – 20%
Zambia – 15%
Zimbabwe – 15%

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.