Perniagaan keluarga sumbang 60% KDNK UAE

Perniagaan keluarga sumbang 60% KDNK UAE

Perniagaan keluarga juga menyediakan 80% peluang pekerjaan kepada negara itu.

Kerajaan UAE sedang laksana usaha nasional perkasa perniagaan keluarga dengan matlamat meningkatkan KDNK negara kepada 3 trilion dirham UAE (kira-kira USD817 bilion) menjelang 2030. (Gambar Bernama)
DUBAI:
Perniagaan keluarga menyumbang 60% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan memberikan pekerjaan kepada 80% daripada tenaga kerja negara itu, menurut kenyataan dikeluarkan Kementerian Ekonomi dan Pelancongan UAE, lapor Xinhua.

Menurut kenyataan itu, syarikat milik keluarga mewakili hampir 90% daripada semua perniagaan sektor swasta di negara itu. Perniagaan keluarga ini beroperasi dalam pelbagai sektor, termasuk ekonomi baharu, runcit, hartanah, dan pembinaan.

Data rasmi kementerian menunjukkan, di Abu Dhabi sahaja, perniagaan keluarga merangkumi 50% sektor pembinaan, 60% perkhidmatan kewangan, 80% perdagangan dan borong, serta 70% sektor pengangkutan.

Menteri Ekonomi dan Pelancongan Abdullah Touq Al Marri berkata negara sedang melaksanakan usaha nasional untuk memperkasakan perniagaan keluarga, dengan matlamat meningkatkan KDNK negara kepada 3 trilion dirham UAE (kira-kira USD817 bilion) menjelang akhir 2030.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.