
Pejabat itu dalam kenyataan menyeru semua pihak “mematuhi keputusan berkenaan sepenuhnya, menghentikan segera semua pertempuran di semua kawasan, memastikan perlindungan orang awam dan menjamin penghantaran bantuan kemanusiaan tanpa halangan”.
Pejabat presiden turut memberi amaran “sebarang pelanggaran terhadap keputusan itu akan dianggap pelanggaran kedaulatan negara secara terang-terangan dan dikenakan tindakan undang-undang sewajarnya mengikut perlembagaan dan undang-undang sedia ada”.
Pejabat presiden turut menggesa semua pihak “memberi ruang kepada negara, institusi dan pasukan keselamatan Syria melaksanakan gencatan senjata secara bertanggungjawab demi memastikan kestabilan dan menghentikan pertumpahan darah”.
Pertempuran tercetus antara kumpulan bersenjata Badwi dan Druze di Suwayda pada 13 Julai lalu.
Keganasan semakin memuncak, diikuti serangan udara Israel, termasuk ke atas kedudukan serta infrastruktur tentera Syria di Damsyik.