Korea Selatan kesan kes demam babi afrika dalam tempoh 4 bulan

Korea Selatan kesan kes demam babi afrika dalam tempoh 4 bulan

Kes terbaharu itu dikesan di sebuah ladang di daerah sempadan antara Korea di Paju, Wilayah Gyeonggi.

babi bernama
Ia merupakan kes keempat dilaporkan tahun ini, dengan kes sebelumnya dikesan di bandar Yangju pada Mac. (Gambar Bernama)
SEOUL:
Korea Selatan pada Rabu melaporkan kes Demam Babi Afrika (ASF) pertama dalam tempoh kira-kira empat bulan, lapor Agensi Berita Yonhap.

Menurut Kementerian Pertanian, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar, kes terbaharu itu dikesan di sebuah ladang di daerah sempadan antara Korea di Paju, Wilayah Gyeonggi, yang menternak kira-kira 2,500 ekor babi.

Ia merupakan kes keempat dilaporkan tahun ini, dengan kes sebelumnya dikesan di bandar Yangju pada Mac.

Kerajaan telah mengeluarkan perintah henti operasi sementara selama 48 jam ke atas ladang babi dan kemudahan berkaitan di kawasan berkenaan, serta melaksanakan langkah pencegahan sewajarnya termasuk pelupusan haiwan terjejas bagi mengelakkan penularan virus berkenaan.

ASF tidak menjangkiti manusia tetapi membawa maut kepada babi. Tiada vaksin atau penawar bagi penyakit itu setakat ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.