
Trump menerusi platform Truth Social berkata, beliau “memuktamadkan perjanjian penting dengan Republik Indonesia selepas berbincang dengan Presiden Prabowo Subianto. Perjanjian bersejarah ini membuka akses penuh pasaran Indonesia untuk AS buat pertama kali dalam sejarah”.
Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, katanya, Indonesia turut bersetuju membeli produk tenaga dan pertanian bernilai USD15 bilion serta USD4.5 bilion dari AS, selain 50 pesawat Boeing.
“Buat pertama kali, para penternak, petani dan nelayan kita akan mempunyai akses penuh dan menyeluruh ke pasaran Indonesia yang mempunyai lebih 280 juta penduduk.”
Sebelum berlepas ke Pittsburgh, Pennsylvania pada Selasa, Trump memberitahu wartawan di Rumah Putih: “Seperti yang anda tahu, Indonesia merupakan pengeluar utama kuprum dan kini kita mempunyai akses penuh kepada segala hasil buminya.”
Katanya, Indonesia kaya dengan nadir bumi serta pelbagai sumber mineral lain.
Trump turut mendedahkan beberapa lagi perjanjian akan diumumkan.
“India pada dasarnya sedang mengikut landasan sama. Kita akan mendapat akses ke India.”