Israel lancar serangan udara ke atas Syria

Israel lancar serangan udara ke atas Syria

Serangan udara sasar Kompleks Staf Am dan Istana Presiden yang dikenali sebagai Qasr al-Shaab di Damsyik.

Israel melakukan serangan udara terbaharu ke atas di Damsyik. (Gambar SANA/AP)
ISTANBUL:
Tentera Israel melancarkan gelombang serangan udara terbaharu ke atas ibu negara Syria, Damsyik pada Rabu, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik media tempatan.

Agensi berita Syria SANA melaporkan serangan udara itu menyasarkan Kompleks Staf Am dan Istana Presiden yang dikenali sebagai Qasr al-Shaab di ibu negara.

Beberapa video yang tular di media sosial turut memaparkan detik-detik serangan Israel di Damsyik dengan asap tebal kelihatan menjulang dari kawasan terlibat.

Serangan itu berlaku tidak lama selepas Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, berikrar melancarkan ‘serangan hebat’ ke atas Damsyik.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.