Hujan monsun ragut 104 nyawa di Pakistan

Hujan monsun ragut 104 nyawa di Pakistan

Wilayah timur Punjab mencatat kematian tertinggi dengan 39 orang, diikuti barat laut Khyber Pakhtunkhwa (31), selatan Sindh (17) dan barat daya Balochistan (16).

Kenderaan meredah banjir di Lahore susulan hujan monsun yang melanda Pakistan sejak 26 Jun lalu. (Gambar EPA Images)
ISLAMABAD:
Hujan lebat dan banjir kilat meragut sekurang-kurangnya 104 nyawa serta mengakibatkan lebih 200 orang cedera di seluruh Pakistan antara 26 Jun hingga 12 Julai lalu, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negara (NDMA) pada Ahad, lapor Xinhua.

Dalam tempoh 24 jam lepas saja, enam dilaporkan maut dan 15 lagi cedera akibat kejadian berkaitan hujan, menurut NDMA.

Wilayah timur Punjab mencatat kematian tertinggi dengan 39 orang, diikuti barat laut Khyber Pakhtunkhwa dengan 31, selatan Sindh (17) dan barat daya Balochistan (16).

Pihak berkuasa mengeluarkan amaran hujan dijangka berlanjutan dalam beberapa hari akan datang dan menasihatkan penduduk, khasnya di kawasan rendah dan terdedah mengambil langkah berjaga-jaga. Operasi menyelamat dan penghantaran bantuan masih diteruskan di kawasan paling terjejas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.