11 cedera dilanggar SUV tanpa pemandu

11 cedera dilanggar SUV tanpa pemandu

Kejadian berlaku di sebuah restoran popular di daerah Kolonaki, Athens.

Police line epa images pic 020924
Sekurang-kurangnya 11 orang cedera selepas SUV tanpa pemandu merempuh sebuah restoran, dengan seorang daripadanya dilaporkan mengalami kecederaan serius. (Gambar EPA Images)
ATHENS:
Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) tanpa pemandu melanggar sebuah restoran popular di daerah Kolonaki, Athens, menyebabkan sekurang-kurangnya 11 orang cedera, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menurut pihak berkuasa pada Ahad, insiden berlaku sejurus selepas tengah malam.

Saluran penyiaran ERTnews melaporkan bahawa kesemua mangsa menerima rawatan di hospital, dengan seorang daripadanya dilaporkan mengalami kecederaan serius.

Siasatan awal polis trafik mendapati brek tangan kenderaan tidak ditarik.

Kenderaan itu dipercayai meluncur laju menuruni jalan curam, sebelum melanggar sebatang pokok dan akhirnya merempuh luar restoran yang sesak dengan pelanggan.

Siasatan lanjut berhubung punca sebenar kejadian masih dijalankan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.