Trump umum tarif 50% ke atas Brazil

Trump umum tarif 50% ke atas Brazil

Ia kadar tertinggi setakat ini berbanding tarif baharu 20% hingga 40% dikenakan ke atas 14 negara.

Donald Trump memberi alasan sebahagiannya akibat serangan tersembunyi dan berbahaya Brazil terhadap pilihan raya bebas dan hak kebebasan bersuara rakyat AS. (Gambar EPA Images)
NEW YORK:
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Rabu petang mengumumkan tarif 50% ke atas barangan import dari Brazil berkuat kuasa 1 Ogos ini, lapor Xinhua.

Trump memuat naik surat kepada Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva, di Truth Socialnya dengan mendakwa “sebahagiannya disebabkan serangan tersembunyi dan berbahaya Brazil terhadap pilihan raya bebas dan hak kebebasan bersuara rakyat Amerika yang asas…kami akan mengenakan tarif 50% ke atas semua produk Brazil dihantar ke AS.”

Trump sebelum ini mengumumkan tarif baharu ke atas 14 negara pada Isnin dan tujuh lagi pada Rabu pada kadar 20% hingga 40%. Pengumuman tarif 50% ke atas Brazil merupakan kadar tertinggi setakat ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.