
HOUSTON: Banjir dahsyat pada 4 Julai di tengah Texas telah meragut sekurang-kurangnya 119 nyawa setakat pagi Rabu, dengan angka korban dijangka terus meningkat, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.
Syerif Daerah Kerr, Larry Leitha mengesahkan sekurang-kurangnya 161 orang masih hilang di daerah paling teruk terjejas banjir itu, termasuk lima kanak-kanak perempuan dan seorang kaunselor.
Gabenor Texas Greg Abbott pada Selasa malam berkata sekurang-kurangnya 173 orang masih belum dapat dikesan di seluruh negeri itu. Beliau telah mengarahkan bendera negeri dikibarkan separuh tiang sehingga matahari terbit pada 14 Julai bagi menghormati mangsa.
Sementara itu, tiga orang maut selepas banjir kilat melanda perkampungan Ruidoso di negeri New Mexico pada Selasa, menurut pegawai New Mexico.