
Pengumuman itu menyusul siasatan ke atas beberapa kes keracunan yang dilaporkan Khamis lalu di Wilayah Zarqa, timur laut Jordan.
Jurucakap PSD, Amer Sartawi, berkata beberapa individu mengalami simptom loya, pening dan sesak nafas selepas minum minuman beralkohol tercemar pada Ahad.
Siasatan mendapati alkohol mengandungi bahan toksik itu berasal dari sebuah kilang yang mengedar produk berkenaan dengan pelbagai jenama, katanya.
Menurutnya, ujian makmal mengesahkan kehadiran metil alkohol – bahan toksik tidak sesuai diminum manusia – dalam sampel biologi mangsa serta produk dirampas.
Kilang terbabit diarahkan tutup dan beberapa suspek ditahan untuk tindakan undang-undang, menurut agensi berita Petra.
Pihak berkuasa turut menarik semula produk tercemar itu dari pasaran.
Metanol atau alkohol kayu biasanya digunakan untuk tujuan industri dan boleh menyebabkan kesan kesihatan serius jika diminum, termasuk buta, kegagalan organ dan kematian.