
Pelanggaran undang-undang itu boleh dihukum dengan denda, sebatan atau penjara sehingga dua tahun.
Starlink antara satu-satunya alat yang boleh digunakan rakyat Iran semasa gangguan Internet yang dikenakan pihak berkuasa, seperti yang berlaku baru-baru ini semasa perang dengan Israel.
Tidak jelas sejauh mana penggunaan Starlink di Iran, namun kos perkhidmatannya mungkin di luar kemampuan kebanyakan isi rumah.
Parlimen Iran turut meluluskan langkah meningkatkan hukuman bagi kesalahan pengintipan.
Di bawah undang-undang baharu itu, ‘kerjasama operasi’ dengan entiti asing boleh dihukum mati, yang dilihat pemerhati sebagai satu lagi usaha menakut-nakutkan penentang dan pengkritik rejim.
Kedua-dua keputusan itu masih memerlukan pengesahan Majlis Penjaga, badan pengawasan perlembagaan yang berkuasa, namun proses pengesahan ini biasanya hanya sebagai formaliti.