
“Matlamat saya adalah untuk bergerak secepat mungkin. Tetapi seperti yang anda tahu, kami sedang berkoordinasi dengan Arab Saudi, dan dalam beberapa hari akan datang saya akan bertemu Putera Mahkota Arab Saudi untuk membincangkan tarikh dan penganjuran sidang kemuncak itu.
“Saya harap ia dapat diadakan secepat mungkin,” kata Macron pada sidang media di Brussels selepas Sidang Kemuncak EU lewat Khamis ketika ditanya mengenai tarikh baharu sidang itu,
Persidangan yang menumpukan pada penyelesaian aman isu Palestin dan pelaksanaan penyelesaian dua negara pada asalnya dijadualkan pada Jun tetapi ditangguhkan susulan ketegangan ketenteraan antara Iran dan Israel.
“Kami menyeru gencatan senjata segera di Gaza dan penyambungan semula bantuan kemanusiaan kerana ini situasi paling mendesak dari segi pandangan kemanusiaan dan politik, serta krisis paling mendesak di rantau ini,” kata Macron.
Beliau turut menggesa agar gencatan senjata Israel-Iran yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dihormati, perbincangan disambung semula dan pemantauan terhadap kegiatan peluru berpandu serta nuklear Iran dijalankan.
Macron berkata, langkah membenarkan Iran menarik diri daripada Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT) akan menjadi ‘hasil paling buruk’, sambil menambah: “Ini akan membawa kepada situasi yang berbahaya dan melemahkan secara kolektif.”
“Tanggungjawab kami adalah untuk menegakkan NPT, memastikan Iran tidak menarik diri daripadanya dan membolehkan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa menyambung semula kerjanya di Iran secepat mungkin,” katanya.