AS mungkin lanjut tangguh tarif selepas Julai

AS mungkin lanjut tangguh tarif selepas Julai

Awal bulan ini, Donald Trump memberi isyarat beliau terbuka melanjutkan penangguhan tarif, namun turut menyatakan lanjutan mungkin tidak diperlukan.

Karoline Leavitt
Jurucakap Rumah Putih Karoline Leavitt berkata keputusan penangguhan tarif mungkin dilanjutkan, tetapi ia perlu diputuskan Presiden AS Donald Trump. (Gambar EPA Images)
WASHINGTON:
Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mungkin mempertimbangkan untuk melanjutkan penangguhan tarif timbal balik yang dijadualkan tamat bulan depan, menurut jurucakap Rumah Putih pada Khamis.

Menurut agensi berita Yonhap, Karoline Leavitt berkata demikian ketika rundingan antara AS, Korea Selatan dan beberapa negara lain bagi mengelak atau meminimumkan kesan tarif dicadangkan.

“Mungkin ia boleh dilanjutkan, tetapi itu keputusan yang perlu dibuat oleh presiden,” katanya kepada pemberita dalam sidang media.

Penangguhan itu yang merangkumi duti 25% ke atas barangan Korea Selatan, dijadualkan tamat 8 Julai ini. Seoul sedang berusaha mencapai perjanjian dengan Washington sebelum tarikh akhir itu.

Trump mengumumkan tarif timbal balik itu 2 April lalu sebagai langkah untuk menyamai tarif dikenakan negara lain terhadap eksport AS.

Tarif itu, termasuk duti 25% ke atas produk dari Korea Selatan, mula berkuat kuasa secara rasmi 9 April lalu, namun terus digantung selama 90 hari bagi memberi ruang kepada rundingan.

Awal bulan ini, Trump memberi isyarat beliau terbuka melanjutkan penangguhan itu, namun turut menyatakan lanjutan mungkin tidak diperlukan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.