8 maut tanah runtuh di Colombia

8 maut tanah runtuh di Colombia

Kejadian dipercayai berpunca daripada limpahan air Sungai La Negra yang turut menjejaskan 10 rumah di kejiranan El Pinar.

Pasukan penyelamat masih meneruskan operasi mencari mangsa hilang sementara penduduk mula berpindah dan mencari perlindungan di kem sementara. (Gambar EPA Images)
BOGOTA:
Sekurang-kurangnya lapan terbunuh manakala lima lagi cedera dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku awal pagi Selasa di daerah Bello, wilayah Antioquia di barat laut Colombia, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.

“Dengan penuh dukacita, saya memaklumkan bahawa sekitar 3.25 pagi tadi, satu kejadian tanah runtuh berlaku di kawasan Granizal.

“Setakat ini, kami mengesahkan lapan kematian dan lima kecederaan,” kata Datuk Bandar Lorena Gonzalez.

Beliau berkata, tanah runtuh itu dipercayai berpunca daripada limpahan air Sungai La Negra yang turut menjejaskan 10 rumah di kejiranan El Pinar.

Gabenor Antioquia, Andres Julian, memaklumkan semua sumber jabatan telah digerakkan bagi menangani situasi kecemasan itu.

Pasukan penyelamat masih meneruskan operasi mencari mangsa yang hilang, sementara penduduk tempatan mula berpindah dan mencari perlindungan di kem sementara berikutan risiko kejadian berulang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.