Rusia, China, Pakistan serah draf resolusi Iran kepada UNSC

Rusia, China, Pakistan serah draf resolusi Iran kepada UNSC

Draf resolusi tiga negara itu menggesa gencatan senjata serta-merta dan tanpa syarat.

gambar satelit kerosakan isfahan
Imej satelit menunjukkan kerosakan di pusat teknologi nuklear Isfahan, Iran selepas serangan udara AS Pada Ahad. (Gambar EPA Images)
TEHRAN:
Rusia, China dan Pakistan menyerahkan draf resolusi situasi di Iran kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC), menurut laporan agensi berita Mehr (MNA).

Langkah itu menyusul serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas Iran baru-baru ini.

Menurut MNA, draf resolusi itu mengecam sekeras-kerasnya serangan ke atas tapak dan kemudahan nuklear yang merupakan ancaman serius kepada keamanan serta keselamatan antarabangsa yang membawa risiko besar kepada sistem kawal selia Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

Draf resolusi itu turut menggesa gencatan senjata serta-merta dan tanpa syarat.

“Ketiga-tiga negara itu menekankan keperluan agar pihak terbabit kembali ke landasan diplomasi,” menurut laporan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.