Israel serang ibu pejabat televisyen Iran

Israel serang ibu pejabat televisyen Iran

Serangan itu dilancarkan ketika program disiarkan secara langsung menerusi Penyiaran Republik Islam Iran.

Ketegangan meningkat secara mendadak antara Iran dan Israel susulan serangan udara bersepadu Israel ke atas beberapa lokasi di Tehran, pada Jumaat. (Gambar EPA Images)
TEHRAN:
Rejim Israel telah melancarkan serangan ke atas ibu pejabat televisyen kebangsaan Iran, Penyiaran Republik Islam Iran (IRIB), ketika program sedang disiarkan secara langsung.

Menurut Agensi Berita Republik Islam Iran (IRNA) siaran langsung di Saluran Berita IRIB terganggu seketika namun berjaya disambung semula beberapa minit kemudian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.