4 maut dalam letupan kilang mercun di India

4 maut dalam letupan kilang mercun di India

Letupan itu Uttar Pradesh itu turut menyebabkan enam lagi cedera.

Sekurang-kurangnya empat wanita maut manakala enam lagi cedera selepas sebuah kilang mercun meletup di India, semalam. (Gambar fail)
NEW DELHI:
Sekurang-kurangnya empat wanita maut manakala enam lagi cedera dalam satu letupan di sebuah kilang mercun di negeri Uttar Pradesh, utara India pada Isnin, menurut polis, lapor Xinhua.

Letupan itu berlaku di Kampung Atrasi, daerah Amroha, kira-kira 402 kilometer barat laut Lucknow, ibu negeri Uttar Pradesh.

Pegawai kanan polis di Amroha, Amit Kumar Anand memaklumkan kepada media bahawa empat wanita terbunuh di tempat kejadian dan mayat mereka telah dihantar untuk bedah siasat. Enam wanita yang cedera telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Menurut Anand, kilang mercun itu berlesen.

Pegawai berkata mangsa sedang bekerja di dalam kilang semasa kejadian.

Letupan tersebut mengakibatkan kerosakan besar pada struktur bangunan yang terletak di tengah kawasan pertanian. Punca letupan masih belum diketahui.

Siasatan sedang dijalankan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.