Radiasi tak naik selepas serangan Israel, kata IAEA

Radiasi tak naik selepas serangan Israel, kata IAEA

IAEA memaklumkan Loji Kuasa Nuklear Bushehr tidak terkena sebarang serangan Israel.

Kepulan asap daripada kebakaran akibat serangan Israel di Tehran, Iran pada Jumaat. (Gambar EPA Images)
ISTANBUL:
Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) pada Jumaat mengesahkan tiada peningkatan paras radiasi dikesan di tapak nuklear Natanz, Iran susulan serangan Israel ke atas kemudahan itu, lapor Anadolu Ajansi.

Selain itu, IAEA turut memaklumkan Loji Kuasa Nuklear Bushehr tidak terkena sebarang serangan Israel.

“Pihak berkuasa Iran memaklumkan IAEA bahawa Loji Kuasa Nuklear Bushehr tidak menjadi sasaran dan tiada peningkatan paras radiasi dikesan di tapak Natanz,” kata Ketua Pengarah IAEA, Rafael Grossi dalam hantaran X.

Beliau berkata, agensi itu sedang berhubung dengan pihak berkuasa Iran mengenai paras radiasi dan pemeriksanya di negara berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.