
BANGKOK: Sebuah pesawat Air India dalam penerbangan dari Phuket, Thailand ke Delhi terpaksa melakukan pendaratan cemas pada Jumaat susulan ancaman bom, menurut pihak berkuasa Lapangan Terbang Phuket dipetik Xinhua.
Media tempatan melaporkan penerbangan AI 379 selamat mendarat dan pihak lapangan terbang segera mengaktifkan pelan tindak balas kecemasan berkaitan insiden itu.