AS ‘mungkin’ tangguh tarif negara runding ‘secara ikhlas’

AS ‘mungkin’ tangguh tarif negara runding ‘secara ikhlas’

Setiausaha Perbendaharaan AS Scott Bessent berkata tiada penangguhan pelaksanaan tarif akan diberikan jika tiada rundingan diadakan dengan Washington.

Scott Bessent
Setiausaha Perbendaharaan AS Scott Bessent berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan 18 ‘rakan kongsi dagang penting’ ke arah mencapai perjanjian perdagangan. (Gambar AP)
ISTANBUL:
Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Scott Bessent berkata pentadbiran Donald Trump “berkemungkinan besar” menangguhkan pelaksanaan tarif ke atas negara sedang mengadakan rundingan perdagangan “secara ikhlas” dengan Washington, lapor Anadolu Ajansi.

Ketika memberi keterangan di depan Jawatankuasa Ways and Means Dewan Perwakilan AS, Bessent berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan 18 “rakan kongsi dagang penting” ke arah mencapai perjanjian perdagangan.

“Kemungkinan besar negara-negara itu atau blok perdagangan seperti dalam Kesatuan Eropah (EU), yang sedang berunding secara ikhlas, akan diberi penangguhan bagi membolehkan rundingan diteruskan.

“Jika ada yang tidak berunding, maka kami tidak akan melakukannya,” katanya pada Rabu.

Walaupun rundingan masih berjalan dengan beberapa negara, hanya beberapa perjanjian berjaya dimuktamadkan setakat ini.

AS setakat ini hanya mengumumkan satu perjanjian perdagangan rasmi dengan United Kingdom dan satu perjanjian rangka kerja dengan China.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.