
“Keselamatan makanan adalah tanggungjawab global,” kata saintis di Jabatan Pemakanan dan Keselamatan Makanan WHO, Simone Moraes Raszl dalam taklimat media Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Geneva menjelang Hari Keselamatan Makanan Sedunia Sabtu ini.
“Penyakit ini boleh dicegah dan sains untuk mencegahnya sudah wujud. Apa yang kita perlukan ialah tindakan – tindakan yang diselaraskan, berasaskan bukti dan inklusif.”
Raszl menegaskan tanggungjawab terhadap keselamatan makanan terletak pada semua sektor dalam masyarakat.
Pembuat dasar harus melabur dalam peraturan berasaskan sains dan sistem data kukuh; perniagaan makanan mesti mengamalkan prosedur keselamatan ketat dan mengutamakan ketelusan; institusi akademik perlu terus berinovasi serta mendidik, manakala pengguna pula sentiasa peka dan mengamalkan pengendalian makanan secara selamat di rumah.
“Setiap daripada kita adalah pengurus risiko kerana jika ia tidak selamat, ia bukan makanan.”