
Ia turut menyarankan pembebasan 125 tahanan Palestin yang dijatuhkan hukuman mati serta jenazah 180 warga Palestin.
Rancangan itu yang didakwa dijamin Presiden AS, Donald Trump dan pengantara Mesir serta Qatar, termasuk menghantar bantuan ke Gaza sebaik sahaja Hamas memeterai perjanjian gencatan senjata.
Rancangan itu menetapkan Hamas akan membebaskan 30 tawanan terakhir sebaik sahaja gencatan senjata kekal berkuat kuasa.
Rumah Putih berkata, Israel bersetuju dengan cadangan gencatan senjata AS.
Hamas memberitahu Reuters, ia sedang mengkaji rancangan itu dan akan memberi respons esok atau Ahad ini.
Perbezaan mendalam antara Hamas dan Israel menghalang usaha memulihkan gencatan senjata yang gagal Mac lalu.
Israel bertegas Hamas perlu melucutkan senjata sepenuhnya dan dibubarkan sebagai kuasa tentera serta pemerintah, dengan semua 58 tawanan masih ditahan di Gaza dibebaskan sebelum ia bersetuju menamatkan perang.
Hamas menolak permintaan melucutkan senjatanya dan berkata Israel perlu menarik tenteranya keluar dari Gaza serta komited menamatkan perang.
Lebih 54,000 rakyat Palestin, majoritinya wanita dan kanak-kanak, terbunuh dalam serangan ganas Israel ke atas Gaza sejak 7 Okt 2023.