90% penduduk Gaza terpaksa pindah akibat serangan Israel, kata PBB

90% penduduk Gaza terpaksa pindah akibat serangan Israel, kata PBB

Agensi pelarian PBB berkata serangan berterusan Israel menyebabkan sebahagian penduduk Gaza diusir 10 kali atau lebih.

penduduk gaza palestin
Agensi PBB bagi Pelarian Palestin berkata serangan berterusan Israel ke atas Gaza menyebabkan kira-kira 90% daripada 2.4 juta penduduknya dipindahkan secara paksa. (Gambar AP)
ANKARA:
Kira-kira 90% daripada 2.4 juta penduduk Gaza dipindahkan secara paksa akibat serangan berterusan Israel ke atas wilayah itu, kata Agensi Pertubuhan Bangsa-bngsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi.

Rakyat Palestin pada Khamis memperingati ulang tahun ke-77 pengusiran mereka dari bandar-bandar di Palestin.

“Pada 1948, lebih 700,000 rakyat Palestin diusir dari bandar dan kampung mereka. Peristiwa ini dikenali Nakba,” kata UNRWA dalam kenyataan.

“Tujuh puluh tujuh tahun kemudian, rakyat Palestin terus diusir secara paksa.”

Agensi pelarian itu berkata, konflik berkenaan menyebabkan 90% penduduk terpaksa meninggalkan kediaman mereka.

“Sebahagian daripada mereka diusir sebanyak 10 kali atau lebih.”

Sejak Oktober 2023, tentera Israel melancarkan serangan kejam ke atas Semenanjung Gaza mengakibatkan lebih 53,000 rakyat Palestin terbunuh setakat ini, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.