
Kremlin dalam kenyataan berkata, Putin akan menghantar penasihatnya, Vladimir Medinsky ke Turki sebagai ketua delegasi.
Terdahulu, spekulasi timbul berhubung kemungkinan Putin menyertai rundingan dinanti-nantikan di kota metropolitan Turki itu.
Penasihat dasar luarnya, Yuri Ushakov pada Rabu turut memberi bayangan Putin berkemungkinan besar tidak akan hadir rundingan berkanaan.
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky pula menyatakan hasrat ke Turki secara peribadi bagi menemui Putin, atas alasan beliau tidak akan berunding dengan individu lain kerana Putin pembuat keputusan dalam konflik dengan Kyiv.
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang dalam rangka lawatan ke Teluk mencadangkan beliau mungkin menghadiri rundingan itu, jika Putin hadir.
“Saya tahu dia mahu saya berada di sana. Itu satu kemungkinan…Saya sedang mempertimbangkannya.”
Trump menambah: “Esok jadual kami penuh, anda faham maksud saya. Kami akan ke Emiriah Arab Bersatu esok. Jadi keadaannya sangat padat. Tetapi, itu tidak bermakna saya tidak akan lakukannya demi menyelamatkan banyak nyawa dan kembali semula.”
Beliau berkata, Setiausaha Negara AS, Marco Rubio pasti akan berada di Turki.
Menurut Rumah Putih, Rubio akan disertai dua utusan khas, Steve Witkoff dan Keith Kellogg.