Presiden AS, Syria bertemu di Riyadh

Presiden AS, Syria bertemu di Riyadh

Presiden Donald Trump dan rakan sejawatnya, Ahmad al-Sharaa, dilapor bertemu di ibu negara Arab Saudi.

donald trump
Presiden Donald Trump dan rakan sejawatnya, Ahmad al-Sharaa, adakan pertemuan sulung di Riyadh, Arab Saudi. (Gambar EPA Images)
ANKARA:
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengadakan pertemuan sulung dengan rakan sejawat dari Syria, Ahmad al-Sharaa, di ibu negara Arab Saudi, Riyadh pada Rabu, lapor Anadolu Ajansi.

Rumah Putih dan media Arab Saudi melaporkan mengenai pertemuan itu namun tiada butiran lanjut mengenai kandungannya didedahkan setakat ini.

Seorang pegawai Rumah Putih sebelum ini berkata Trump bersetuju untuk bertemu al-Sharaa semasa lawatannya ke Arab Saudi pada Rabu.

Pada Selasa, Trump ketika Forum Pelaburan Arab Saudi-AS 2025 di Riyadh berkata beliau akan mengarahkan penghapusan sekatan AS ke atas Syria yang disifatkannya sebagai ‘kejam dan melumpuhkan’ bagi memberi peluang kepada negara itu ‘meraih kegemilangan’.

Trump tiba di Arab Saudi pada Selasa, memulakan lawatan ke negara Teluk yang turut merangkumi Qatar dan Emiriah Arab Bersatu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.