Kini tarif AS ke atas China 30%

Kini tarif AS ke atas China 30%

Rundingan di Geneva menyaksikan tarif China terhadap AS adalah 10%, berbanding kadar tarif sebelum ini antara 125% hingga 145%.

Xi Jinping Donald Trump
AS dan China masing-masing iktiraf kepentingan hubungan ekonomi dan perdagangan dua hala serta ekonomi global. (Gambar AFP)
GENEVA:
Amerika Syarikat (AS) dan China mengumumkan pengurangan tarif import timbal balik selepas mengadakan rundingan di Geneva, menurut agensi berita Jerman, (dpa).

Tarif AS ke atas barangan import dari China akan dikurangkan kepada 30% daripada 145%, manakala tarif China ke atas barangan import dari AS akan diturunkan kepada 10% daripada 125%.

Pengurangan tarif itu akan berkuat kuasa selama 90 hari.

Keputusan itu dibuat ‘dengan mengiktiraf kepentingan hubungan ekonomi dan perdagangan dua hala kepada kedua-dua negara serta ekonomi global’, menurut kenyataan bersama disiarkan Rumah Putih.

Dua ekonomi terbesar dunia itu menyatakan komitmen untuk bergerak ke hadapan ‘dalam semangat keterbukaan bersama, komunikasi berterusan, kerjasama dan saling menghormati’, menurut kenyataan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.