
Kejadian itu yang kedua seumpamanya melibatkan peluru tamat tempoh di Indonesia dalam masa kira-kira setahun.
Sembilan mangsa maut adalah orang awam manakala empat pula anggota tentera, menurut jurucakap tentera Kristomei Sianturi kepada Kompas TV. Katanya, pihak tentera sedang menyiasat punca kejadian.
Seorang lagi jurucakap tentera, Wahyu Yudhayana berkata kejadian berlaku ketika anggota tentera hampir selesai pelupusan peluru berkenaan.
Katanya, siasatan juga akan meliputi bagaimana orang awam dibenarkan berada begitu hampir dengan lokasi pelupusan.
Beliau berkata, kejadian berlaku di sebuah padang di mana pelupusan seumpama itu diadakan secara berkala.
Menurutnya, penduduk tempatan selalunya berhimpun di lokasi pelupusan untuk mengutip sisa-sisa. Susulan itu, kawasan berkenaan telah dikosongkan sebagai langkah keselamatan sekiranya berlaku letupan lanjut.
Pada Mac tahun lalu, kebakaran besar berlaku di depoh simpanan peluru tamat tempoh milik tentera Indonesia berhampiran Jakarta yang mencetuskan beberapa letupan.