6 maut pesawat ambulans terhempas di Chile

6 maut pesawat ambulans terhempas di Chile

Bangkai pesawat itu ditemukan di bandar Curacavi di pinggir Santiago, lapor Tentera Udara Chile (FACH).

Fuerza Aérea De Chile
Enam dilaporkan maut selepas sebuah pesawat ambulans kecil terputus hubungan sebelum ditemukan terhempas di utara Chile. (Gambar FACH)
SANTIAGO:
Sebuah pesawat ambulans kecil yang membawa enam orang dan terputus hubungan pada Rabu ketika dalam penerbangan dari tengah ke utara Chile telah ditemukan terhempas tanpa ada mangsa yang terselamat, menurut pihak berkuasa tempatan pada Khamis, lapor Xinhua.

Tentera Udara Chile (FACH) melaporkan bahawa bangkai pesawat itu ditemukan di bandar Curacavi di pinggir Santiago.

FACH berkata pihaknya telah mengerahkan anggota dan aset sebaik sahaja menerima laporan kehilangan pesawat itu dan bekerjasama rapat dengan agensi lain dalam operasi mencari.

Menurut Direktorat Am Aeronautik Awam, pesawat itu sedang dalam penerbangan dari Santiago ke bandar Arica di utara negara itu apabila ia hilang daripada radar pada petang Rabu.

Pejabat Pendakwa Raya bersama pasukan penyelamat kini menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca nahas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.