
Proses pengundian dijadualkan bersambung pada Khamis ketika gereja Katolik menantikan pengumuman pemimpin baharu mereka.
Jika Paus baharu dipilih, asap putih akan kelihatan dari cerobong sebagai isyarat, diikuti pengisytiharan oleh Kardinal Protodeacon dari balkoni Basilika St Peter.
Mengikut tradisi berabad lamanya, 133 kardinal berhimpun di Vatican untuk memulakan proses pemilihan pemimpin baharu.
Mengikut peraturan, calon perlu memperoleh majoriti dua pertiga untuk dilantik sebagai Paus seterusnya.
Sidang sulit tahun ini meneruskan tradisi yang bermula pada 1492, ketika Gereja Kecil Sistina kali pertama digunakan untuk pemilihan Paus.
Walaupun dalam sejarah terdapat sidang sulit yang mengambil masa bertahun-tahun, proses pemilihan pada era moden lebih pantas.
Pada 2013, Paus Francis dipilih selepas lima pusingan undian dalam tempoh dua hari.
Paus Francis meninggal dunia 21 April lalu pada usia 88 tahun akibat komplikasi kesihatan, termasuk serangan jantung.