5 pesawat India ditembak jatuh, tentera ditahan, kata Pakistan

5 pesawat India ditembak jatuh, tentera ditahan, kata Pakistan

Islamabad bertegas ia bukan 'tindakan permusuhan', tetapi tindakan balas perlu bagi mempertahankan wilayahnya.

Anggota tentera memeriksa bangunan rosak dibedil peluru berpandu disyaki dilancarkan India dekat Muzaffarabad, ibu kota Kashmir yang ditadbir Pakistan. (Gambar AP)
ISLAMABAD:
Pakistan mendakwa lima pesawat India ditembak jatuh dan tenteranya dijadikan tawanan sebagai tindakan balas terhadap serangan peluru berpandu New Delhi pada awal pagi Rabu.

Menteri Pertahanan Pakistan, Khawaja Muhammad Asif dalam temu bual dengan Bloomberg TV pada Rabu berkata, ia bukan “tindakan permusuhan”, sebaliknya tindak balas perlu untuk mempertahankan wilayahnya.

Kementerian Luar India tidak segera memberi respons terhadap permintaan maklumat itu.

Terdahulu, kerajaan India dilaporkan berkata, ia melancarkan serangan ke atas Pakistan, langkah yang dijangkakan selepas ia berikrar akan bertindak balas terhadap serangan militan di Kashmir yang meragut 26 nyawa bulan lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.