Pendakwa raya Korea Selatan geledah rumah bekas presiden Yoon

Pendakwa raya Korea Selatan geledah rumah bekas presiden Yoon

Penggeledahan itu sebahagian siasatan terhadap pelbagai dakwaan membabitkan hubungan keluarga Yoon Suk Yeol dengan seorang bomoh kontroversi.

Yoon Suk Yeol
Pasukan polis mengawal di luar kediaman bekas presiden Yoon Suk Yeol di Seoul, Korea Selatan ketika pasukan pendakwa dan penyiasat menjalankan penggeledahan pada Rabu. (Gambar EPA Images)
SEOUL:
Pendakwa raya Korea Selatan menggeledah kediaman bekas presiden, Yoon Suk Yeol pada Rabu sebagai sebahagian siasatan terhadap pelbagai dakwaan membabitkan hubungan keluarganya dengan seorang bomoh kontroversi, lapor Agensi Berita Yonhap.

Pejabat Pendakwa Raya Selatan Seoul mengerahkan pasukan pendakwa dan penyiasat ke kediaman Yoon di Seocho-dong, selatan Seoul bagi mendapatkan bukti berkaitan dakwaan membabitkan bomoh Jeon Seong-bae, yang turut dikenali Geon Jin.

Difahamkan, pihak pendakwa sedang menyiasat dakwaan seorang pegawai kanan Gereja Unification menyerahkan rantai leher berlian dan beg tangan mewah kepada Jeon tidak lama selepas Yoon memenangi pilihan raya presiden pada 2022 sebagai hadiah kepada bekas wanita pertama, Kim Keon Hee.

Mereka juga sedang berusaha mengesahkan kesahihan penyerahan hadiah itu kepada Jeon dan sama ada mana-mana hadiah telah diserahkan kepada Kim.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.