
LONDON: Empat terbunuh dalam kemalangan membabitkan kereta kabel berhampiran bandar Naples di selatan Itali pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi memetik agensi berita nasional Itali, Ansa.
Kereta kabel itu dilaporkan terhempas dalam keadaan cuaca buruk di Gunung Faito, dekat Sorrento.
Seorang lagi mangsa parah dikejarkan ke hospital, menurut kenyataan pasukan penyelamat.
Rakaman disiarkan penyiar awam RAI menunjukkan 16 lagi penumpang dari kereta kabel berasingan berjaya diselamatkan.
Ketua Wilayah Campania yang merangkumi Naples, Vincenzo De Luca memberitahu RAI, usaha menyelamat sukar akibat keadaan berkabus dan angin kencang.