Bekas presiden Korea Selatan dibicara esok atas tuduhan memberontak

Bekas presiden Korea Selatan dibicara esok atas tuduhan memberontak

Mahkamah Daerah Pusat Seoul dijangka memulakan prosiding pada 10 pagi esok dan Yoon Suk Yeol sebagai tertuduh diwajibkan hadir di mahkamah.

Yoon Suk Yeol AP 110225
Jika disabitkan bersalah atas tuduhan mengetuai pemberontakan, Yoon Suk Yeol boleh dipenjara seumur hidup atau berdepan hukuman mati. (Gambar AP)
SEOUL:
Bekas presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol akan dibicarakan pada Isnin atas pertuduhan mengetuai pemberontakan, hanya 10 hari selepas dilucutkan jawatan ekoran pengisytiharan undang-undang tentera pada Disember lalu.

Mahkamah Daerah Pusat Seoul dijangka memulakan prosiding pada 10 pagi esok (waktu tempatan), manakala Yoon sebagai tertuduh diwajibkan hadir di mahkamah, lapor agensi berita Yonhap.

Yoon merupakan bekas presiden kelima Korea Selatan yang dibicarakan dalam kes jenayah.

Jika disabitkan bersalah atas tuduhan mengetuai pemberontakan, Yoon boleh dipenjara seumur hidup atau berdepan hukuman mati.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.