
MOSCOW: Perintah Presiden Rusia Vladimir Putin yang melarang serangan ke atas kemudahan tenaga Ukraine sebagai sebahagian moratorium selama 30 hari kini berkuat kuasa, lapor Agensi Berita Rusia (TASS) yang memetik jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov.
“Perintah Putin berhubung moratorium ini sedang dikuatkuasakan dan dipatuhi oleh angkatan bersenjata kami,” kata Peskov.
Jurucakap Kremlin itu menegaskan bahawa moratorium berkenaan mesti dipatuhi tanpa pengecualian.
“Ini adalah satu kemajuan yang baik hasil daripada hubungan yang bermakna dalam komunikasi dengan pihak Amerika (Syarikat),” katanya.
“Kita harus terus bergerak ke hadapan di sepanjang laluan ini,” katanya.