
Hakim berkata, Mohammad Farooq, 29, mendapat ilham daripada IS dan diradikalkan dalam talian.
Farooq didapati bersalah Julai lalu susulan perbicaraan di Mahkamah Sheffield Crown. Dia mengaku bersalah sebelum perbicaraan kerana memiliki bahan letupan dengan niat untuk membahayakan nyawa dan kesalahan lain selepas ditahan di luar Hospital St James di Leeds pada Januari 2023.
Farooq ditahan di hospital itu, di mana dia pernah bekerja sebagai jururawat pelatih, dengan bom buatan sendiri yang mengandungi hampir 10kg bahan letupan diekstrak daripada bunga api.
Hakim Bobbie Cheema-Grubb berkata, Farooq pada asalnya menyasarkan RAF Menwith Hill, pangkalan tentera udara di Yorkshire Utara, yang turut digunakan tentera Amerika Syarikat.
“Tetapi, selepas menyedari mustahil untuk meledakkan peranti anda di mana-mana lokasi lebih dekat dengan perimeter dilindungi itu, anda mengubah taktik kepada sasaran lebih mudah.”
Farooq dipenjarakan sekurang-kurangnya 37 tahun sebelum boleh dipertimbangkan parol.
“Farooq hampir mencederakan individu tidak bersalah,” kata Penguasa Polis Antikeganasan, Paul Greenwood.