
GENEVA: Lima kakitangan agensi bantuan pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, UNRWA, maut dibunuh dalam tempoh beberapa hari lalu, menurut pesuruhjaya agungnya Philippe Lazzarini.
“Dalam tempoh beberapa hari ini, lima lagi kakitangan UNRWA disahkan mati, membawa jumlah kematian kepada 284. Mereka merupakan guru, doktor dan jururawat yang berkhidmat untuk golongan paling memerlukan,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik ke X.
Lazzarini menyuarakan kebimbangan keadaan semakin meruncing dalam pada Israel meneruskan serangan darat dan udaranya.
Semalam, setiausaha agung PBB mengecam serangan terhadap kakitangan organisasi itu, selepas kakitangan di pejabat PBB maut dalam serangan udara terhadap dua rumah penginapan agensi itu di Deir al Balah.