
Penahanan itu berlaku ketika tentera Israel terus melancarkan serangan ketenteraan berdarah di utara Tebing Barat sejak 21 Jan lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 70 rakyat Palestin dan menyebabkan ribuan kehilangan tempat tinggal.
Penahanan terbaharu ini menjadikan keseluruhan rakyat Palestin ditahan tentera Israel di Tebing Barat sejak Oktober 2023 melebihi 15,640 orang, termasuk yang telah dibebaskan selepas ditahan, menurut statistik Palestin.
Angka ini tidak termasuk mereka yang ditahan dari Semenanjung Gaza, dianggarkan ribuan orang.
Tentera Israel turut menyambung semula serangan udara maut di Gaza pada Selasa, membunuh sekurang-kurangnya 404 orang dan mencederakan ratusan lagi, sekali gus mencabuli perjanjian gencatan senjata yang berkuat kuasa sejak Januari lalu.
Ketegangan terus memuncak di seluruh Tebing Barat diduduki, dengan sekurang-kurangnya 936 rakyat Palestin terbunuh dan hampir 7,000 cedera dalam serangan tentera Israel dan peneroka haram ke atas Gaza sejak 7 Okt 2023, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.