
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Selasa menggandakan tarif yang dirancangnya ke atas semua produk keluli dan aluminium yang diimport dari Kanada, menjadikan jumlah keseluruhan 50%, sebagai tindak balas terhadap tindakan wilayah Ontario mengenakan tarif 25% ke atas bekalan elektrik ke AS.
Menerusi hantaran di Truth Social, Trump berkata, beliau telah mengarahkan setiausaha perdagangan untuk menambah 25% lagi tarif ke atas produk berkenaan, yang akan berkuat kuasa mulai pagi Rabu.
“Selain itu, Kanada mesti segera menghapuskan Tarif Anti-Petani Amerika mereka sebanyak 250 hingga 390% ke atas pelbagai produk tenusu AS, yang sejak sekian lama dianggap keterlaluan.
“Saya tidak lama lagi akan mengisytiharkan Darurat Kebangsaan mengenai Elektrik di kawasan yang terancam,” kata Trump.