
“Terdapat (dan masih berlaku) serangan siber besar-besaran terhadap X,” kata Musk dalam satu hantaran di platform itu.
“Kami diserang setiap hari, tetapi kali ini melibatkan sumber yang besar. Sama ada kumpulan terancang berskala besar atau ada negara terlibat. Masih dalam proses pengesanan…”
Gangguan mula dilaporkan sekitar 5.30 pagi waktu Timur (0930 GMT), dengan X berjaya memulihkan perkhidmatannya untuk kebanyakan pengguna dalam masa sejam.
Namun, gangguan kembali meningkat kira-kira tiga jam kemudian, menurut laman pengesan gangguan DownDetector, dengan platform itu terus dilanda pelbagai masalah, termasuk halaman yang gagal dimuat.
Punca serangan siber tersebut masih belum diketahui.