Pesawat khas bawa Duterte ke Belanda

Pesawat khas bawa Duterte ke Belanda

Bekas presiden Filipina akan dibawa ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa susulan waran tangkap berkait kempeng 'perang dadah'.

Bekas presiden Filipina, Rodrigo Duterte, dijangka dihadap ke ICC di The Hague Belanda. (Gambar EPA Images)
MANILA:
Sebuah pesawat sewa khas telah membawa bekas presiden Filipina, Rodrigo Duterte, ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di The Hague, Belanda pada Selasa malam, kurang 12 jam selepas ditahan, lapor Xinhua.

Menerusi hantaran di media sosial, seorang daripada peguamnya, Martin Delgra, menunjukkan gambar sebuah pesawat kecil yang akan membawa Duterte, 79, ke The Hague. Turut menaiki pesawat itu ialah Salvador Medialdea, sekutu rapat Duterte.

Duterte ditahan pada pagi Selasa susulan waran tangkap yang dikeluarkan ICC berhubung kempen “perang terhadap dadah”, tindakan dipersoalkan oleh bekas presiden itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.