
BUENOS AIRES: Angka korban akibat ribut kencang yang melanda bandar pelabuhan Bahia Blanca di selatan Argentina Jumaat lalu meningkat kepada 15 orang, menurut pihak berkuasa tempatan pada Ahad, lapor Xinhua.
Datuk Bandar Bahia Blanca, Federico Susbielles, berkata jumlah kematian dijangka meningkat.
Sekurang-kurangnya 1,450 penduduk dipindahkan, manakala 100 lagi dilaporkan hilang, menurut kemas kini pihak berkuasa Bahia Blanca.
Kerajaan Argentina melancarkan operasi bantuan dan pemindahan melibatkan Kementerian Pertahanan dan Keselamatan serta kerajaan wilayah Buenos Aires.
Ribut pada Jumaat lalu yang terburuk dalam sejarah bandar itu, sekali gus memecah rekod taburan hujan dicatatkan sejak Mac 1933, menurut data rasmi.