2 sukarelawan maut letupan bom di Sungai Golok

2 sukarelawan maut letupan bom di Sungai Golok

Timbalan Ketua Polis Sungai Golok, Nitti Suksang mengesahkan lapan lagi mangsa cedera sedang dirawat di Hospital Sungai Golok.

Keadaan di lokasi kejadian selepas sekumpulan lelaki bersenjata menyerang Pejabat Daerah Sungai Golok malam tadi. (Gambar polis Thailand)
NARATHIWAT:
Dua anggota sukarelawan pertahanan terkorban, manakala lapan lagi cedera dalam letupan bom di Sungai Golok, Narathiwat.

Dalam insiden kira-kira 7 malam (waktu tempatan) Sabtu, sekumpulan lelaki bersenjata menaiki dua pacuan empat roda menyerang Pejabat Daerah Sungai Golok.

Timbalan Ketua Polis Sungai Golok, Nitti Suksang mengesahkan kumpulan itu melepaskan tembakan dan melontar bom tangan ke arah sukarelawan pertahanan sedang bertugas.

“Dalam serangan itu, dua anggota sukarelawan pertahanan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala tiga parah dan lima cedera ringan,” katanya kepada pemberita di sini.

Menurut Nitti, semua mangsa cedera dirawat di Hospital Sungai Golok.

Polis sedang mengenal pasti motif dan suspek terbabit serangan itu, katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.