
SEOUL: Kementerian Pertahanan Korea Selatan melaporkan 29 orang cedera selepas dua jet pejuang KF-16 tidak sengaja menjatuhkan lapan bom ‘air-to-surface’ di luar kawasan latihan pada Khamis, lapor Agensi Berita Yonhap.
Setakat pagi Jumaat, seramai 15 orang awam – dua dilaporkan cedera parah – dan 14 anggota tentera cedera dalam kejadian di Pocheon itu, menurut seorang pegawai kementerian.
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku setelah seorang daripada juruterbang tersilap memasukkan koordinat sasaran sebelum berlepas, menurut tentera udara.
Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.