PBB beri amaran krisis kemanusiaan ‘parah’ di Afghanistan

PBB beri amaran krisis kemanusiaan ‘parah’ di Afghanistan

Badan dunia itu berkata 23 juta orang memerlukan bantuan kemanusiaan di negara itu.

Jurucakap PBB, Stephane Dujarric berkata hampir 3.5 juta kanak-kanak bawah usia lima tahun dan lebih sejuta wanita hamil serta menyusukan anak dijangka mengalami kekurangan zat makanan akut. (Gambar AP)
WASHINGTON:
Jurucakap Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis memberi amaran krisis kemanusiaan “parah” di Afghanistan, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Lebih separuh populasi, iaitu 23 juta orang memerlukan bantuan kemanusiaan di negara itu.

“Angka ini antara yang tertinggi di peringkat global, kedua selepas Sudan dengan 30 juta orang memerlukan bantuan dan perlindungan,” kata jurucakap PBB, Stephane Dujarric kepada pemberita.

Pada suku pertama 2025, ketakjaminan makanan dan kekurangan zat makanan masih “sangat tinggi” di Afghanistan, manakala hampir 15 juta orang – satu daripada setiap tiga rakyat Afghanistan – dijangka mengalami tahap ketakjaminan makanan akut yang teruk.

“Hampir 3.5 juta kanak-kanak bawah usia lima tahun dan lebih sejuta wanita hamil dan menyusukan anak dijangka mengalami kekurangan zat makanan akut,” kata Dujarric.

Afghanistan juga berdepan ancaman kelaparan, kemiskinan, sistem kesihatan awam hampir runtuh, termasuk bencana alam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.