AS bantah cadangan pemimpin Arab bina semula Gaza

AS bantah cadangan pemimpin Arab bina semula Gaza

Sidang kemuncak tergempar Arab pada Selasa terima pakai pelan bina semula Gaza oleh Mesir tanpa jejas hak penduduk Palestin ke atas tanah mereka.

Jurucakap Majlis Keselamatan AS, Brian Hughes berkata cadangan itu tidak mengambil kira realiti Gaza kini tidak boleh didiami dan penduduknya tidak dapat hidup di wilayah dipenuhi runtuhan serta bahan letupan belum meletup. (Gambar AP)
WASHINGTON:
Rumah Putih pada Selasa membantah cadangan pemimpin Arab membangunkan semula Gaza, lapor Anadolu Ajansi.

“Cadangan semasa tidak mengambil kira realiti di Gaza kini tidak boleh didiami dan penduduknya tidak dapat hidup secara manusiawi di wilayah dipenuhi runtuhan serta bahan letupan belum meletup.

“Presiden (Donald) Trump berpegang teguh pada visinya untuk membangunkan semula Gaza tanpa kehadiran Hamas.

“Kami menantikan rundingan lanjut bagi membawa keamanan dan kemakmuran ke rantau itu,” kata jurucakap Majlis Keselamatan AS, Brian Hughes dalam kenyataan menerusi e-mel kepada Anadolu Ajansi.

Sidang kemuncak tergempar Arab di Kaherah pada Selasa menerima pakai pelan pembinaan semula Gaza oleh Mesir tanpa menjejaskan hak penduduk Palestin ke atas tanah mereka.

Cadangan itu dibuat selepas Trump mengemukakan rancangan “mengambil alih”Gaza dan memindahkan penduduk Palestin bagi membangunkan wilayah itu sebagai “Riviera Timur Tengah”.

Bagaimanapun, rancangan Trump ditolak dunia Arab dan pelbagai negara lain yang menyifatkannya satu bentuk pembersihan etnik.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.