
Tindakan itu diambil beberapa hari selepas Trump menemui Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky di Pejabat Oval.
Menurut stesen penyiaran AS, Fox News yang memetik kenyataan seorang pegawai kanan kerajaan tidak dinamakan, keputusan itu bukan bersifat kekal, sebaliknya hanya sementara.
Akhbar The New York Times pula melaporkan sokongan akan disambung semula sebaik Trump memastikan Ukraine komited terhadap rundingan damai dengan Rusia.
Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan Rumah Putih.
Di bawah pentadbiran Joe Biden sebelum ini, AS penyokong terbesar dan terpenting Ukraine dalam operasi pertahanannya terhadap Rusia.