Singapura pertimbang sebat scammer

Singapura pertimbang sebat scammer

Jenayah penipuan di negara itu melonjak 70.6% melibatkan kerugian SD1.1 bilion.

hacker scammer
Menteri Negara Hal Ehwal Dalam Negeri Sun Xueling, berkata kerajaan akan pertimbang hukuman sebat berkaitan penipuan susulan kemudaratan serius jenayah itu.
SINGAPURA:
Kerajaan Singapura akan mempertimbangkan hukuman sebat beberapa kesalahan berkaitan penipuan, berikutan kemudaratan serius jenayah itu, menurut Menteri Negara Hal Ehwal Dalam Negeri Sun Xueling.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan seorang Ahli Parlimen jika hukuman sebat wajar dipertimbangkan bagi kesalahan penipuan serius semasa sesi perbahasan belanjawan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) di Parlimen pada Selasa, lapor The Straits Times (ST).

Ahli Parlimen Jurong Dr Tan Wu Meng menggesa MHA membenarkan hukuman sebat bagi kesalahan penipuan.

Pada 2024, sekurang-kurangnya SD1.1 bilion (SD1 = RM3.30) dilaporkan hilang akibat penipuan, peningkatan sebanyak 70.6%, berbanding tahun sebelumnya.

Pasukan Polis Singapura (SPF) mendedahkan jumlah kes penipuan juga meningkat 10.6% kepada 51,501 kes pada 2024, menyumbang 92.3% daripada keseluruhan jenayah siber dilaporkan tahun itu.

Jumlah wang hilang akibat penipuan dan bilangan kes yang dilaporkan adalah yang tertinggi di Singapura untuk satu tahun, sekurang-kurangnya sejak 2020.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.