
Pejabat Syerif Santa Fe mengesahkan pasangan itu ditemui tidak bernyawa pada petang Rabu di rumah mereka di Santa Fe.
Menurut polis, siasatan masih diteruskan, tetapi buat masa ini mereka tidak mengesyaki sebarang unsur jenayah.
Bintang Hollywood berusia 95 tahun itu memenangi dua Anugerah Akademi (Oscar) dan dua Anugerah Bafta sepanjang kerjayanya selama beberapa dekad.
Hackman meraih Oscar bagi Pelakon Lelaki Terbaik pada 1972 menerusi wataknya Detektif Jimmy “Popeye” Doyle dalam filem “The French Connection”.
Beliau turut memenangi Oscar bagi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem “Unforgiven” pada 1992 arahan Clint Eastwood.