
Ini kematian kedua akibat jangkitan virus itu di Kemboja tahun ini.
Kanak-kanak itu dijangkiti ketika bermain dekat ayam yang sakit di rumahnya di wilayah Prey Veng, tenggara Kemboja dan meninggal dunia semalam selepas mengalami demam, batuk dan kesukaran bernafas, kata Kementerian Kesihatan dalam kenyataan.
Ujian mengesahkan dia dijangkiti selesema burung H5N1, menurut kenyataan semalam.
Kanak-kanak itu “tidur dan bermain” dekat reban ayam di rumah keluarganya, di mana kira-kira 15 ekor ternakan itu mati dan yang lain dijangkiti virus.
Kementerian itu memberi amaran selesema burung kekal ancaman di Kemboja dan pegawai sedang menyiasat sumber virus yang menyebabkan kematian kanak-kanak terbabit.
Bulan lalu, seorang lelaki 28 tahun meninggal dunia akibat selesema burung selepas makan daging ayam dijangkiti virus itu.